Aturan permainan I Can See Your Voice Malaysia (musim 5)

Format

Di bawah format asal, artis jemputan dapat menyingkirkan satu atau dua penyanyi misteri di setiap babak, dan penyanyi misteri terakhir yang berdiri akan mempersembahkan duet.

Ganjaran

Sekiranya penyanyi misteri terakhir ialah penyanyi sebenar, dia akan berpeluang untuk mengikat kontrak merakamkan single di bawah Monkey Bone Records dan Warner Music Malaysia. Sebaliknya, jika penyanyi misteri terakhir ialah penyamar, dia akan memenangi hadiah wang tunai RM3,000.

Pusingan

Terdapat enam individu atau kumpulan penyanyi misteri yang berdiri di platform dengan samarannya untuk merahsiakan identiti mereka sehingga tahap persembahan kebenaran.